Banner 1
Banner 2

Selamat Datang Ke Blog Radio Al Quran Neuronadi.fm

Bermula bulan Februari 2019, Radio Al Quran yang dikenali dengan Neuronadi.fm telah mula beroperasi dan mula bersiaran di alam maya.

Radio Al Quran ini  diinspirasikan oleh Ustaz Qr Jalaluddin Hj Hassanuddin bagi menyajikan slot kandungan berkaitan dengan Al Quran  seperti bacaan Al Quran, Tazkirah Al Quran, Kapsul Al Quran, Sejarah Al Quran, Sains Al Quran, Perubatan Al Quran dan banyak lagi yang bakal diterbitkan. 

Read More

Live Radio

Syeikh Sa’ad Said Al Ghamidi seorang tokoh Ikhwanul Muslimin yang berasal dari Arab Saudi.

Beliau dilahirkan pada tanggal 19 Mei tahun 1967 atau 1387 H di kota Dammam, Mantiqah Syarqiyah.

Di seluruh dunia Islam, beliau dikenal sebagai seorang qari’ Al Qur’an. Rakaman murattalnya telah beredar di seantero dunia.

Syeikh Al Ghamidi menyelesaikan pendidikan di Dammam. Kemudian beliau melanjutkan pendidikannya dari Universitas Imam Muhammad bin Saud dari fakultas Ushuluddin. Beliau lulus dari Universitas ini pada tahun 1410 H.

Kemudian beliau mendalami bacaan Al Qur’an. Pada tahun 1990, beliau telah menghafal 30 Juz Al Quran. Bacaan Al Quran beliau sangat mudah dicirikan dengan lantunan suara yang sangat indah. Tahun 1415H dan tahun 1417H, ia mendapat gelaran Sarjana Muda dari sanad qira’ah diambil dari riwayat Hafsh ‘an Ashim.

HUBUNGI KAMI:
03 6127 0712
ALAMAT:
No 13 & 13 A
Wisma Al Baghdadi Selayang 18
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang
Selayang,Selangor.
Telephone: +60 19 2345 145
E-mail: admin@neuronadi.fm
Lokasi      Hubungi